Monday, January 3, 2011

LAYARI TEGANUKITA

Selanjutnya...

Wednesday, November 3, 2010

Blog Media Baru Salur Maklumat

Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH



Dato' Seri Ahmad Said, Ahmad Fathil, dan Rosli Zakaria bersama para pemenang Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Blog merupakan media baru yang boleh membantu rakyat, negeri dan negara menyampaikan mesej kepada orang awam terutama pelayar internet.

“Melalui blog juga, ia boleh diguna untuk menaikan dan menjatuhkan seseorang,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said. di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010, di Primula Beach Resort, petang semalam (2 November).


Hadir sama, Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Encik Ahmad Fathil Abdul Ghani; Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Encik Rosli Zakaria; Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Encik Roshali Taha dan Ketua Sektor ICT, Jabatan Pelajaran Terengganu, merangkap Ketua Hakim Pertandingan, Encik Nasir Ismail.

Katanya, apa pun tujuan blog dicipta, yang pasti ada kreativiti untuk menyalurkan makumat seperti menyalurkan mesej kerajaan negeri untuk pelancongan yang akan menjadi tulang belakang ekonomi negeri pada masa akan datang.

“Pertandingan ini juga merupakan perintis kepada usaha memperkasakan sektor pelancongan untuk perkenalkan nama Terengganu di serata dunia dan kerajaan tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar iklan promosi,” katanya.

Beliau kemudiannya bersetuju iklan itu suatu yang penting untuk tujuan promosi, tetapi keindahan dan kebersihan satu-satu destinasi itu dengan sendirinya boleh menjadi bahan bualan pelancong apabila mereka kembali ke nagara asal masing-masing.

“Mungkin pada masa akan datang pertandingan ini diadakan dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pelancongan’ dengan skop yang lebih luas, merangkumi perspektif sosial dan ekonomi serta mengajak peserta untuk uar-uarkan kepada umum usaha kerajaan membangun negeri,” katanya.

Pertandingan yang dibuka selama enam bulan bermula April hingga September ini dengan tema ‘Terengganu Di Hati Ku’ menerima 398 penyertaan dari seluruh negara, dari jumlah tersebut, 261 peserta layak bertanding dan dipantau oleh urusetia bagi memastikan tiada aktiviti tidak sihat berlaku di laman blog penyertaan.

Pertandingan ini juga mendapat hit hampir 23,000, yang turut dilayari dari seluruh dunia seperti United Kingdom, Russia, Indonesia, Singapura, Egypt, Mongolia, Slovenia, Taiwan, France, Canada dan Netherlands.

Puan Norhaizan Abd Kadir dari Kuantan, Pahang muncul johan Kategori Terbuka, tempat kedua Encik Suzairi Zakaria dari Setiu dan ketiga Encik Syahreil Hafiz Shamsuddin dari Shah Alam, Selangor.

Kategori IPT, johan dimenangi Encik Mohammad Syazwan Safwan Jaafar dari Marang, Terenggau, Fairuz Abdul Rashid dari Kuala Terengganu (kedua) dan Aliashim Albani dari Kuala Terengganu (ketiga) manakala Kategori Sekolah dimenangi Syukrina Muhamad Razak dari Kedah, Wan Aini Athirah Wan Mohd Rahim dari Kuala Terengganu (kedua) dan Siti Haziqah Ismail dari Kemaman, Terengganu (ketiga).

Kategori Terbuka menawarkan RM10,000 (pertama), RM7,000 (kedua), RM5,000 (ketiga) disamping pakej penginapan dan sebah kamera digital dan RM3,000 (keempat) dan RM2,000 (kelima) serta masing-masing RM500 kepada 10 pemenang saguhati.

Kategori IPT, tempat pertama menerima RM7,000, RM5,000 (kedua) RM3,000 (ketiga) beserta pakej penginapan dan kamera digital manakala RM2,000, (keempat), RM1,500 (kelima) dan masing-masing RM300 kepada tujuh pemenang saguhati.

Kategori Sekolah, RM5,000 (pertama) RM3,500 (kedua), RM2,500 (ketiga) beserta pakej penginapan manakala RM1,500 (keempat), RM1,000 (kelima) dan masing-masing RM250 kepada enam pemenang saguhati.

Selanjutnya...

SEKALUNG PENGHARGAAN

Pertama sekali, Unit Komunikasi Negeri Terengganu ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Terengganu di atas kepercayaan yang diberikan kepada Unit Komunikasi Negeri Terengganu bagi menganjurkan Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010.

Terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu yang telah meluangkan masa hadir merasmikan dalam majlis-majlis berkaitan yang dianjurkan dan, Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010, seterusnya sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang bertuah.

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Unit Pengurusan Maklumat Negeri, Kementerian Pelancongan Malaysia, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu FM, Yayasan Pembangunan Keluarga, jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun serta agensi kerajaan dan swasta.


Terima kasih kepada Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, media dan semua yang telah memberikan kerjasama serta sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan ini diadakan sejak 1 April 2010 yang lalu.

Unit Komunikasi Negeri Terengganu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Ri-Yaz Heritage, Marina Resort & Spa, Kuala Terengganu; Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort, Kemaman, Terengganu; Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu; Sutra Beach Resort, Merang, Kuala Terengganu; Felda Residence Kuala Terengganu, Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu, Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Terengganu, Hotel Permai Inn, Bukit Keluang Beach Hotel, Besut, Terengganu yang telah menaja hadiah sampingan untuk para pemenang utama bagi setiap kategori.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini, kepada yang menang teruskan usaha penambahbaikan serta mengemaskini laman blog anda, kepada yang tidak berjaya pada kali ini jangan berputus asa, teruskan usaha anda kearah kecemerlangan. Sumbangan yang anda semua berikan amat besar maknanya dan telah memberikan impak yang besar kepada industri pelancongan negeri Terengganu. Teruskan jasa bakti anda dalam memberikan maklumat yang akan memangkin industri pelancongan, seterusnya menjana ekonomi negara. Sebagai rakyat yang cintakan negeri dan negara ini sumbangan anda dalam penulisan blog pelancongan ini amatlah bernilai.

Kami Unit Komunikasi Negeri Terengganu dengan rendah hati memohon jutaan kemaafan jika terdapat sebarang kekhilafan yang ada di atas segala kekurangan dan kelemahan kami sebagai insan sepanjang penganjuran Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010.

Pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

Insya Allah, jumpa lagi di tahun hadapan.

Sekian. Terima Kasih.

UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU

Selanjutnya...

Monday, November 1, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010

Komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 amatlah membanggakan.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan melalui Unit Komunikasi Negeri Terengganu ini telah berjaya mengembeleng tenaga daripada peserta pertandingan untuk menonjolkan produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu ke serata dunia melalui kemudahan internet.

Melalui laman blog penyertaan pertandingan, publisiti berhubung produk pelancongan Terengganu telah disampaikan kepada umum melalui coretan pengalaman mereka. Jumlah keseluruhan artikel pelancongan Terengganu yang disumbangkan oleh peserta pertandingan adalah melebihi 8,000 artikel.

Dari 398 penyertaan, 62 peserta telah berjaya melepasi cabaran pertandingan untuk melayakkan blog mereka dinilai oleh panel hakim bagi meraih hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang yang akan disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said akan diadakan di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu pada hari Selasa, 2 November 2010 Jam 4.30 petang.

Selanjutnya...

Thursday, September 30, 2010

TIME’s UP!!

By midnight tonight, the curtains for the Terengganu Tourism Blog Competition 2010 will come down, signalling the end of the competition period and the beginning for the judges to crack their heads to look for the best blog and to shortlist the winners.

In the hours until midnight, give your best shot for the grand finale for your blogs. Remember, for your blog to be eligible for judging, you need a minimum 75 articles or entries, and by the random browsing of the blogs that have been created, we are happy to note that many have passed this first condition.


As an overview, the competition committee is happy with the aggressive approach, creativity and originality of most of the competing blogs…some were even funny and entertaining. Kudos to all participants for your sincerity in projecting Terengganu to the world based on your travel experience.

The date for the prize giving ceremony will be announced two weeks before the end of October. Just to give all participants a hint, it will be in the first week of November. So keep visiting this main blog portal to get an update.
To all participants, thank you for your participation and good luck!

Selanjutnya...

Kategori Terbuka

Singgahsini

Menyusuri Terengganu

Menyusuri Terengganu

IKON RASMI URUS SETIA UNTUK PAUTAN

PAUTAN

Kategori Terbuka