Thursday, July 8, 2010

Tempoh Pengaktifan Blog Dilanjutkan Sehingga 14 Julai 2010

Memandangkan pihak Urus Setia menerima banyak panggilan daripada peserta pertandingan untuk melanjutkan tempoh penghantaran URL untuk pengaktifan blog atas sebab-sebab kesibukan talian internet. Pihak Urus Setia telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penghantaran URL sehingga 14 Julai 2010.


Walau bagaimanapun kesemua peserta adalah diwajibkan untuk memastikan tidak kurang daripada 75 artikel di posting dalam blog mereka. Peserta adalah dicadangkan untuk mengemaskini blog mereka secara berkala supaya tidak berlaku masalah update pada saat-saat akhir.

Hanya posting yang dibuat sehingga 30 September 2010 sahaja akan dinilai untuk pertandingan ini.

Sebarang cadangan atau pertanyaan sila ajukan kepada Urus Setia melalui e-mail: trgtourism.blogspot.com


Sekian, terima kasih.

Team PBPT2010

25 comments:

  1. saya tidak setuju kerana ini adalah pertandingan dan semua peserta hendaklah memberi perhatian dan peka terhadap perkara ini.Walaupun blog saya masih dalam pembinaan tapi saya tidak bersetuju.

    ReplyDelete
  2. "peserta pertandingan untuk melanjutkan tempoh penghantaran URL untuk pengaktifan blog atas sebab-sebab kesibukan talian internet."

    "kesibukan talian internet"???

    INTERNET LINE IS NOT 24HOUR BUSY
    LITTLE FASTER AT MIDNIGHT

    JUST A REASON... MAYBE

    ReplyDelete
  3. Kalau pihak pengurusan boleh bertolak ansur begini, saya rasa lebih baik sekiranya dilanjutkan sehingga September.

    Lebih ramai yang akan buat blog saat-saat akhir.

    Saya amat kesal kerana pihak pengurusan tidak ada ketegasan. Oleh yang demikian kami akan menarik diri secara ramai-ramai dari menyertai pertandingan blog ini.

    ReplyDelete
  4. Saya amat setuju dengan ezulfakar kerana blogger perlu memberi perhatian yang serius kepada kerjaya mereka.

    Kalau pihak pengurusan boleh sesuka hati melanjutkan tarikh dan bertolak ansur, lebih baik pertandingan ini dibatalkan.

    Saya kecewa dengan pihak pengurusan yang tidak serius dan peka terhadap pertandingan ini. Boleh sesuka hati menukar tarikh dan syarat-syarat.

    Lebih baik tarik diri kerana tak tahu pihak pengurusan nak ubah apa pula syarat-syarat selepas ini tanpa pengetahuan blogger.

    Salam

    ReplyDelete
  5. Benarkah "Kesibukan talian Internet" adalah alasan yang boleh di terima?

    Sesiapa yang menerima alasan kesibukan talian internet adalah orang-orang yang buta IT.

    Kepada pihak pengurusan, adakah anda semua buta IT sehingga menerima alasan tersebut ?

    Maaf kerana pihak pengurusan amat mengecewakan kami blogger yang serius.

    Saya telah menutup blog saya dan saya tarik diri sekiranya pihak pengurusan tidak serius dalam menguruskan pertandingan ini.

    Saya rasa ramai lagi kawan-kawan blogger saya akan turut ikut kerana tidak puas hati mengenai perlanjutan tarikh menghantar URL.

    ReplyDelete
  6. Melanjut tarikh meghantar url pd 14 jul,,patut disokong bagi ptandingan ni lbh kompentatif. harap peluang ni tidak di sia-siakan,

    jgn takut,,,yg hebat tetap hebat.
    http://terengganuhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Bukannya TAKUT wahai "wamora wasa"... Kalau takut dari awal saya tak masuk pertandingan ini.

    Cuma peraturan dan masa yang diberikan adalah mencukupi kepada yang lain serta peraturan adalah peraturan. Sekiranya boleh diubah atas kehendak beberapa kerat lebih baik jangan buat peraturan.

    Kepada mereka-mereka yang telah daftar dan mengikut peraturan kesal dengan apa yang berlaku. Contoh - ezulfakar

    Kalau nak lebih kompetatif, baik lanjutkan tarikh pendaftaran lagi supaya lebih ramai boleh mendaftar .. KAN LEBIH KOMPETATIF???

    Apakah kepastian yang boleh diberi bahawa perkara-perkara lain tidak akan bertukar dalam masa hadapan sebab nampaknya pihak pengurusan TIDAK TEGAS dengan PERATURAN & SYARAT-SYARAT mereka.

    Kalau macam itu saya nak minta tempoh di lanjutkan sehingga 30hb Julai 2010 supaya lebih ramai boleh bertanding dan juga meminta supaya tarikh akhir pertandingan diubah ke bulan Disember 2010.

    OK ker ???

    ReplyDelete
  8. Untuk makluman semua, lanjutan pengaktifan blog hanyalah untuk yang telah mendaftar bertanding dan namanya tersenarai dalam senarai Berminat Menyertai tetapi mereka juga mestilah memenuhi syarat minima 75 posting sehingga 30 September 2010.

    Mana-mana peserta yang tidak memenuhi syarat-syarat penyertaan dan jumlah posting minima pada 30 September 2010 tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.

    Urus Setia amat mengalu-alukan sebarang maklumbalas, komen, cadangan daripada peserta berhubung perkara ini.

    ReplyDelete
  9. memang lah untuk lanjutan pengaktifan blog tapi pertandingan adalah pertandingan. kalau alasan "Kesibukan talian Internet" itu adalah tidak logik dari akal fikiran.. 7 hari bermula 1- 1 julai untuk mengaktifkan blog dgn cara menghantar email kepada urusetia.. just hantar email bukan kena attach apa apa gambar pun. setakat email line sibuk macam mane pun boleh hantar. Tak logok. memang tak logik.

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan pandang ezulfakar, kalau pihak pengurusan tidak ada ketegasan dan boleh memindah tarikh dan peraturan atas desakan 1-2 orang yang rapat dengan pihak pengurusan dengan alasan yang tidak logic...

    Pertandingan ini tidak akan menjadi adil. Akhirnya kita (blogger) akan diperbodohkan dan dipergunakan oleh pihak pengurusan yang tidak tegas.

    ReplyDelete
  11. Bg pihak sy,alasan online busy..sy tak blh terima sbb tak kn lah hari2 online busy.!
    sy myertai ptandingan tsebut, sy sdiri busy sbb sy kena bhgikn masa kerja, masa rehat(tidur) dn masa utk edit/post artikel blog sy.Tapi dgn kbijaksanaan mbhgikn masa, buat masa ni tak de masalah...blog sy semakin mberi persaingan...

    ReplyDelete
  12. Bagi saya lanjutan tempoh adalah budibicara penganjur... untuk memenuhi matlamat asal penganjuran pertandiangan ini iaitu mempromosikan Terengganu. Jadi penganjur memerlukan penyertaan yang ramai dan aktif bagi menunjukkan usaha mereka tidak sia-sia.

    Blogging dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran atau memburu hadiah.. Insyallah korang akan lebih mendapat kepuasan dari nilai hadiah itu sendiri.

    PEACE!!!..

    ReplyDelete
  13. Ada plak blogger kat sini curik gambar aku.. dan yang bestnya... COPY & PASTE artikel aku utk dimuatkan dlm blog dia..

    Come on laa... Do Respect harta intelek orang lain...

    ReplyDelete
  14. Nael, bukankah awak yang setuju lebih ramai blogger daftar saat-saat akhir kerana untuk memenuhi matlamat asal penganjuran pertandingan ini iaitu untuk mempromosikan Terengganu.?

    Sepatutnya awak kena gembira kerana artikel awak di curik untuk tujuan promosi Terengganu. OK la tu ...

    Ikhlaskan lah artikel-artikel awak dan juga gambar-gambar awak kerana ramai blogger baru nak belajar berblogging.

    Satu lagi bukankah awak jenis Blogger yang tidak mengharapkan ganjaran atau memburu hadiah ..

    Bagi lah depa peluang ... Jangan kedekut sangat ...

    ReplyDelete
  15. Bukan kedekut Encik Writer.. Tak kisah pun kalau nak ambik gambar dan artikel.. tapi tanpa meminta kebenaran yang empunya diri bukan ke tu biadap namanya?

    Even kalau sya sendiri inginkan sesuatu atau ingin berkongsi maklumat haruslah meminta kebenaran atau paling busuk pun acknowledge kat bawah tu yang kita ambik dari sumber mana...

    Untuk blogger baru... belajar untuk menghormati idea,gambar, atau apa sahaja harta intelek orang lain.. jadi Blogger yang beretika .. jgn ambik jalan pintas semua nak cepat... Redah jer...

    ReplyDelete
  16. Peserta bebas untuk menulis apa jua artikel, kisah, maklumat, panduan, diari dan sebagainya di dalam blog ini yang bertemakan pelancongan Terengganu selagi tidak mempunyai bahan-bahan larangan di bawah:
    a. Bahan/artikel lucah.
    b. Bahan/artikel yang menggugat perhubungan kaum.
    c. Peniruan/plagiat daripada website/portal/blog lain.
    d. Grafik/Video/Muzik yang mempunyai Hak Cipta terhad.

    ReplyDelete
  17. Terima Kasih Nael kerana sedarkan blogger-blogger baru. Saya pun penat sebab buat banyak research tentang Terengganu dan banyak buat translate akhirnya di ciplak begitu sahaja.

    Dalam tempoh 3 hari counter naik mendadak semua gara-gara mencari maklumat dalam blog kita pastu "COPY & PASTE".

    IP mereka semua ada .. Tapi saya HALAL kan dan IKHLAS macam NAEL.

    Kalau sudi layari web saya : http://www.kampungku.com.my

    NAK PROMOTE SIKIT .. THZ

    ReplyDelete
  18. Kepada Team PBPT2010, bagaimana hendak melindungi hak cipta menulisan.

    Macamana kita nak pastikan .. Siapa yang menulis dulu dan siapa yang ciplak ?

    Kalau gambar .. OK .. kita boleh edit frame dan masukkan water mark kalau penulisan bagaimana ?


    Harap di pantau ... Terima Kasih

    ReplyDelete
  19. Team PBPT2010 ada kaedahnya, contohnya apabila peserta copy & paste artikel di bawah ini.

    Taman Tamadun Islam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Kuala ...
    ... Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi ... Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia. ... tema pertama di dunia mempamerkan keagungan kesenian kebudayaan Islam. ...
    http://mbkt.terengganu.gov.my/web/guest/tamantamadunislam

    Tourism Malaysia : Destinasi : Taman Tamadun Islam
    ... Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi ... Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia. ... tema pertama di dunia mempamerkan keagungan kesenian kebudayaan Islam. ...
    http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=tamanislam

    Okey, pastikan anda semua akan menjadi peserta berwibawa. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. salam team PBPT2010..blog saya seperti tercicir dari senarai sedangkan telah disenarai dahulunya..."Terengganu Destinasiku".

    ReplyDelete
  21. jgn gaduh2...
    http://warisantrg.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Team PBPT, boleh saya ingin bertanya...

    untuk bahagian c...apa maksudnya?..jika kita ambil mana-mana bahan daripada laman web selain daripada blogger-blogger yang bertanding contohnya tentang sejarah negeri terengganu...adakah bahan tersebut dikira terlarang?sejarah tidak boleh direka...jadi adakah pertandingan dikira batal jika ada bahan2 sebegitu?

    dan bagaimana jika ada blogger yang ambil video dr youtube tentang pelancongan negeri terengganu 2008, pasti itu adalah video terhad...jadi apakah situasi blogger tersebut?batal@sah?

    a. Bahan/artikel lucah.
    b. Bahan/artikel yang menggugat perhubungan kaum.
    c. Peniruan/plagiat daripada website/portal/blog lain.
    d. Grafik/Video/Muzik yang mempunyai Hak Cipta terhad.

    ReplyDelete
  23. bila la weh nak jwb soalan di atas ni...:(

    ReplyDelete
  24. Cik Umi kami semua pun ciplak sedikit sebanyak dari web lain kerana sejarah, nama dan maklumat asas tidak boleh di reka.


    URL - www.kampungku.com.my

    ReplyDelete

Kategori Terbuka

Singgahsini

Menyusuri Terengganu

Menyusuri Terengganu

IKON RASMI URUS SETIA UNTUK PAUTAN

PAUTAN

Kategori Terbuka