Komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 amatlah membanggakan.
Pertandingan yang julung kali dianjurkan melalui Unit Komunikasi Negeri Terengganu ini telah berjaya mengembeleng tenaga daripada peserta pertandingan untuk menonjolkan produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu ke serata dunia melalui kemudahan internet.
Melalui laman blog penyertaan pertandingan, publisiti berhubung produk pelancongan Terengganu telah disampaikan kepada umum melalui coretan pengalaman mereka. Jumlah keseluruhan artikel pelancongan Terengganu yang disumbangkan oleh peserta pertandingan adalah melebihi 8,000 artikel.
Dari 398 penyertaan, 62 peserta telah berjaya melepasi cabaran pertandingan untuk melayakkan blog mereka dinilai oleh panel hakim bagi meraih hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang yang akan disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said akan diadakan di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu pada hari Selasa, 2 November 2010 Jam 4.30 petang.
Monday, November 1, 2010
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sangat berdebar-berdebar...saingan hebat sekali dalam kategori terbuka...adat bertanding pasti ada memang dan kalah, jadi apapun keputusan yang diumumkan pada hari ini hendaklah diterima dengan baik sekali (kata-kata nasihat untuk diri sendiri dan rakan2 blogger)..
ReplyDeletepertandingan ini memberi satu pengalaman baru kepada kita semua. banyak kenangan boleh didapti dan dimuat dlm blog.
ReplyDeletejika jumpa saya tegurlah saya...
Sedikit ksal dengan mutu pngadilan..bolh diprtikaikan...antaranya..
ReplyDelete1) Data pelancongan yg salah masih mampu dapat Top 5 kategori terbuka.
2) Pengadil gagal mengambil kira jumlah trafik ke satu-satu blog
3) adakah kedudukan laman blog dlm search engine tidak di ambil kira termasuk ranking dalam alexa...
4) pengalaman melancong sendiri x mampu menarik kehadiran pelancong ke sesuatu tempat..Pelancong lebih ingin mngetahui lokasi, bajet, penginapan dan cara untuk ke destinasi pelancongan
Hakim gagal mengesan keaslian gambar dan fakta yang menawar markah terbanyak tetapi hakim tertarik kpd kecanggihan ala web site bukan blog.
ReplyDeleteAgaknya penghakiman...lebih teruja atau cenderung untuk memberi markah yang tinggi dengan kecanggihan koding sesuatu blog... berbanding keaslian dan fakta.
ReplyDeleteSelain destinasi pelancongan, artikel & gambar berkaitan lokasi dan bagaimana untuk ke destinasi pelancongan lebih diutamakan selain dari kemudahan tmpt penginapan...
ReplyDeleteTahniah kepada semua pemenang. Satu pertanyaan, bagaimana cara untuk saya memiliki buku komplisai artikel blog yang terbaik dan terpilih yang dibukukan oleh urusetia?
ReplyDeleteMenurut sumber dari pihak urusetia...buku tersebut akan dicetak dalam masa yang terdekat.
ReplyDelete