Peluang sudah berada di hadapan, apa ditunggu lagi....
Setelah beberapa hari berlalu, pelbagai entri telah dimasukkan oleh anda semua. Ada yang mengemaskini secara konsisten dan ada yang jarang-jarang. Walau bagaimanapun, anda mungkin berhati-hati untuk membuat coretan. Sebenarnya, dengan membuat entri secara konsisten anda akan melangkah jauh ke hadapan.
Kemenangan kura-kura dalam perlumbaan dengan arnab ialah pergerakan secara konsisten yang ia lakukan. Meskipun tarikh tamat masih jauh lagi jangan biarkan masa berlalu begitu saja kerana kewibawaan blog anda akan terserlah bila mana anda sentiasa mengemaskininya.
Dapatkan sokongan daripada kawan-kawan untuk melayari blog anda, kunjungan atau hits yang banyak serta komen dan cadangan mereka akan membantu anda memperbaiki kekurangan seterusnya mencapai matlamat. Untuk mendapat tempat dalam senarai pencalonan anda mestilah sentiasa mengemaskini.
Dengan mengemaskini blog anda, blog yang sentiasa dikemaskini akan berada di atas, anda boleh melihat postingan anda itu dipaparkan teratas di http://blogtrgtourism.blogspot.com
Jangan berlengah sehingga anda tertinggal jauh di bawah. Hanya 10 blog sahaja yang aktif akan dipapar dalam satu-satu masa.
Enjit-Enjit Semut Siapa Up-Date Naik Atas
Gunakan kemahiran anda, dapatkan info pelancongan Terengganu dengan membuat carian. Luangkan masa dengan berkunjung ke lokasi, singgah atau menginap dan jangan lupa dalam kunjungan anda catatkan penemuan baru jika ada.
Bagi yang belum menghantar alamat blog mereka atau masih tercari-cari nama yang sesuai...anda boleh gunakan nama seperti ceria, berbaloi, cantik, indah, permai, lawa, comel, menarik, dan ..... terpulang.
Yang ikhlas,
Team PBPT2010
No comments:
Post a Comment