Musim cuti sekolah akan menjelang tiba, rancanglah percutian anda untuk mengunjungi Terengganu. Pastikan kunjungan anda pada kali ini adalah kunjungan yang amat berbaloi.
Merancang cuti dan cuti terancang adalah dua perkara yang berbeza. Justeru itu, pada percutian kali ini, anda seharusnya mengambil peluang menyertai pertandingan blog ini. Setiap orang mempunyai peluang. Satu nama untuk satu penyertaan, anda, suami atau isteri, anak-anak yang sedang menuntut atau masih belajar, sidia, rebutlah peluang ini.
Sediakan jadual perjalanan anda, rancang dan bermula.
Pelbagai tempat pelancongan yang telah tersenarai dan sering dikunjungi, malah kunjungan anda di mana sahaja di dalam negeri Terengganu boleh dijadikan bahan menarik untuk dimasukkan ke dalam laman blog atau web anda.
Dengan kenderaan apa anda datang sama ada berkereta, manaiki kapalterbang, bermotosikal, bas. Datang secara individu, berkeluarga atau berkumpulan. Di mana tempat anda singgah dan bermalam, rumah saudara, hotel, homestay, chalet atau asrama, semua itu pengalaman anda.
Membeli belah di pasar, pasar malam, gedung perniagaan, melihat atau membeli batik atau kraftangan tembaga, mengkuang, di tempat pembuatannya serta melawat ke tempat bersejarah. Solat di masjid, surau. Menaiki beca dan bergambar kenangan.
Pelbagai pilihan makanan enak yang dijual atau yang pertamakali anda lihat dan cuba. Ini tambah menarik jika anda dapat melihat cara hidup masyarakat Terengganu sama ada yang tinggal di tepi pantai dengan kehidupan nelayannya. Atau yang tinggal di pedalaman dengan bertani.
Siapa yang anda temui, kanak-kanak, orang tua, pemilik kedai, tukang emas, pengayuh beca, pemandu bas atau siapa sahaja. Semua pengalaman anda itu boleh dimuatkan dengan gambar yang dirakamkan.
Memancing ikan sama ada di Tasik Kenyir atau Laut Cina Selatan, mencandat sotong di Pulau Redang atau Pulau Kapas.
Memang banyak tempat yang boleh anda kunjungi, namun itulah pengalaman anda dan semua itu pasti menjanjikan pengalaman manis dan berbaloi.
DAFTAR AWAL SUPAYA ENTRI ANDA DIMASUKKAN SECARA BERANSUR
Baik daftar awal kerana dikhuatiri line sibuk saat akhir, lagipun dengan daftar awal, anda akan dapat maklumbalas awal daripada pembaca, bina peminat, dan anda punya banyak masa utk penambahbaikan, selepas tarikh tutup masa dah singkat utk capai entri minimum. Adakalanya robot penyedia blog akan mengklasifikasikan blog anda sebagai spam. Ini akan berlaku jika terlalu banyak entri dibuat dalam sehari. Dengan itu blog anda digam dan bila carian dibuat, yang akan keluar adalah catatan 'blog not found' oleh penyedia blog. Maknanya blog anda tidak dapat dilayari, dan anda terkeluar dari senarai akibat teknikal.
Mana-mana blog yang tidak dapat diakses akan terkeluar daripada penilaian.
Ramai yang masih belum menghantar kerana bimbang idea mereka akan ditiru. Jangan takut blog anda diplagiat kerana ketulenan pengalaman pasti membuahkan keberhasilan.
Pihak kami membuat saringan penyertaan pertandingan blog ini daripada mengandungi unsur dan bahan terlarang.
Yang Ikhlas,
Team PBPT2010
No comments:
Post a Comment