Wednesday, April 14, 2010

SIAPA YANG BERTUAH?...

Assalamualaikum w.r.t. dan Salam Sejahtera.

Menjawab pertanyaan kozu zue melalui e-mel berkenaan tarikh terakhir untuk menghantar penyertaan kerana keliru antara 3 bulan dan 6 bulan.

Terima kasih di atas pertanyaan tersebut.

Untuk makluman kozu zue dan pengetahuan semua, tarikh untuk menghantar penyertaan adalah bermula dari tarikh perasmian Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 iaitu pada 1 April 2010 (Khamis) sehingga tarikh tutup penyertaan pada 30 Jun 2010.


Tempoh pertandingan ini selama enam (6) bulan dari tarikh perasmian tersebut hingga 30 September 2010.

Walau bagaimanapun, para peserta digalakkan membuat penyertaan lebih awal kerana setiap penyertaan akan dinilai setiap hari dari semasa ke semasa berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Lihat syarat-syarat.

Justeru, jangan buang masa anda dan rebutlah peluang terbuka ini. Kalau dihitung hanya tinggal dua (2) bulan lebih sahaja lagi untuk mendaftar sebagai peserta. Siapa tahu tuah anda... Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda?...

Salam hormat,
Team PBPT2010




No comments:

Post a Comment

Kategori Terbuka

Singgahsini

Menyusuri Terengganu

Menyusuri Terengganu

IKON RASMI URUS SETIA UNTUK PAUTAN

PAUTAN

Kategori Terbuka