Tepat jam 5.24 pagi tadi, pihak kami telah menerima satu SMS pengesahan daripada bakal peserta untuk menyertai Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010. Inilah yang perlu dibuat oleh bakal peserta sewaktu menghantar borang pengesahan balas melalui e-mail. Pihak kami akan mengirim balas KOD penyertaan untuk dicatat dalam borang tersebut.
Tanpa KOD penyertaan, pihak kami akan menangguhkan dulu proses membuat pautan daripada laman peserta ke laman utama blog pertandingan ini. Inilah prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi.
Bagi yang belum mendapatkan KOD pengesahan, segeralah berbuat demikian. Jangan ditunggu sehingga saat akhir untuk bertindak. Jangan pula anda akan terlepas peluang hanya kerana talian sibuk pada saat itu.
Kami yakin anda semua hebat. Sesiapapun mempunyai peluang yang sama untuk menang, hadiah sedang menunggu anda untuk diagihkan.
Antara perkara yang akan diambilkira ialah mengemaskini laman blog, pastikan anda melakukannya secara berkala. Terpulang kepada anda untuk membuat entri, sama ada cerita dahulu kemudian baru gambar ataupun sebaliknya. Semua itu anda boleh edit pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh penyertaan.
Pastikan anda terdapat info lokasi yang dimaksudkan atau cara mana pelancong boleh ke sana serta apakah yang istimewanya?
Ikhlas daripada TEAM PBPT2010.
No comments:
Post a Comment