Sunday, September 26, 2010

TINGGAL EMPAT HARI LAGI

Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 akan berakhir empat hari lagi. Pastikan blog anda akan berada dalam senarai pemenang. Gunakan masa yang ada ini untuk menyemak blog anda dan pastikan ketulenan blog anda.

Sehingga ke saat ini, pengemaskinian blog bagi kategori terbuka adalah paling aktif, diikuti kategori pelajar ipt dan kategori sekolah.

Terdapat peserta yang telah berjaya membuat lebih daripada 80 entri, iaitu lebih dari entri minimun yang ditetapkan. Syabas diucapkan kepada peserta yang berjaya mencapai sasaran. Kepada peserta yang belum mencapai bilangan minimum entri anda, gunakan masa yang masih ada ini.

Kami juga menerima pertanyaan daripada peserta mengenai artikel selepas tarikh tamat. Berhubung perkara ini, peserta adalah digalakkan untuk terus menyumbang artikel di dalam blog mereka, pada kami ini adalah blog anda. Sekurang-kurangnya tindakan anda itu akan menampakkan komitmen anda.




17 comments:

  1. Saya ingin bertanya, bagaimana dengan posting mengenai pengambilan berita yang berlaku sekitar terengganu dari sumber online. adakah ianya juga dianggap tidak tulen?

    ReplyDelete
  2. Kalau memang confirm dia tiru bulat-bulat di harapkan agar di tolak markah keaslian sebanyak 40 markah.

    Struktur Permarkahan

    1. Keaslian – 40 markah
    2. Mesra Pengguna – 20 markah
    3. Persembahan – 20 markah
    4. Kreativiti – 20 markah
    5. Justifikasi Tambahan - 20 markah

    ReplyDelete
  3. ada juga blog katogori tbuka copy gambar & text 100% dt blog trg indah (kategori pelajar)..tanpa izin..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. "Selamat bertanding secara sihat"- admin Blog Pelancongan Terengganu.

    ReplyDelete
  6. Juri ada cara utk mengenalpasti yang tulen dan yang copy & paste.. jangan risau!!..

    Memang ramai blogger bidan terjun yang ambil jalan pintas utk meniru bulat-bulat kandungan blog diaorang.

    Bagi aku biarlah posting itu cukup memenuhi syarat minimum tapi berinformasi dan mudah difahami pembaca..

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat dengan Nael, penganjur dan juri perlu menilai ketulenan blog masing-masing kerana markah yang telibat adalah 40 markah. Saya juga yakin juri ada cara mereka untuk menilai.

    Hampir kesemua blog yang terlibat mempelgiat gambar atau fakta-fakta kandungan dari blog lain di internet.

    Mudah-mudahan semua jadi pemenang nanti. Insyaallah.

    ReplyDelete
  8. "Salam, buat urusetia dan peserta Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu. Saya harap pihak penganjur meneliti dengan teliti artikel yang diplagiat bulat-bulat dari blog orang lain dan sumber artikel perlu sahih supaya artikel yang kita siarkan ada keesahan dan boleh menjadi rujukan yang bermanfaat kepada semua".
    P/s: Tak sabar menantikan tarikh tamat pertandingan ini...kalau tidak asyik mengadap laptop ajer..

    ReplyDelete
  9. yg copy mencopy sudah dimaklum kpd penganjur..jika org minta izin kita bagi gambar tu..peganjur mmg arif ttg itu..kita kena bagi kepercayaan pd penganjur.

    ReplyDelete
  10. Di harapkan agar semua peserta yang menyertai Pertandingan Blog Pelancongan ini berjaya. Tahniah kepada semua dan terima kasih kepada pihak penganjur dan Kerajaan Negeri Terengganu kerana memberi kami peluang untuk menunjukkan bakat.

    ReplyDelete
  11. Selamat Maju Jaya kepada semua peserta. Berdebar juga untuk menunggu detik malam ni.. semoga kita berpeluang berjumpa di peringkat akhir nanti.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  12. Salam...saya teruja untuk bertemu dengan semua bloggers yang terlibat dalam pertandingan ini. SELAMAT BERJAYA.

    ReplyDelete
  13. Kalah Menang Adat Bertanding!!.. teruskan berblogger Ok!!

    Good Luck Semua!!

    ReplyDelete
  14. kurang dr 30 minit lg...


    sy mgcapkan trime ksih kerana dpt bsaing secara sihat.wpun tak mgharap utk menang kerana masalah tknikal, tp sy ucpkan gud luck pd semua yg btanding...syabas!!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. ade gak terjumpa artikel & gambar dari blog saya di copy 100% oleh rakan blogger yang masuk final...x bagitau...terjumpa...terkilan gak sebab nak wat satu2 artikel tu ambil masa...

    Traffic ke blog pun ade yang tipu...susah gak juri kita nak nilai & wat keputusan....

    Ape pun..selamat berjaya kt semua rakan-rakan blogger...

    ReplyDelete
  16. salam.... mintak tlg update siape pemenang blog yerk...

    ReplyDelete

Kategori Terbuka

Singgahsini

Menyusuri Terengganu

Menyusuri Terengganu

IKON RASMI URUS SETIA UNTUK PAUTAN

PAUTAN

Kategori Terbuka