Hari ini 13 September 2010, dan tinggal 17 hari lagi untuk anda mengemaskini blog/laman web anda.
Dalam kesempatan masa berharga ini, gunakan untuk mencukupkan bilangan artikel minimum yang dikehendaki oleh syarat-syarat penyertaan serta keperluan pada blog/laman web anda.
Anda masih boleh lagi membuat pindaan pada mana-mana bahagian yang perlu.
Pastikan anda memanfaatkan tempoh masa yang masih ada ini.
Harus diingat, menjelang jam 12.00 malam, 30 September 2010, semua artikel yang dimasukkan selepas waktu itu tidak akan termasuk untuk penilaian hakim untuk Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010.
Bagi memastikan anda blog/ laman web anda mematuhi syarat yang telah ditetapkan.
Anda dinasihatkan untuk membaca dengan penuh teliti syarat-syarat untuk pertandingan ini, mana-mana blog/web yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.
Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan.
No comments:
Post a Comment